Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu percaya, pasukan negara mempunyai ramai pilihan pemain yang mampu untuk membawa pulang kejayaan.
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil tindakan secara menyeluruh dalam beberapa acara yang memberikan keputusan mengecewakan pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Sukan Komanwel: KBS kenal pasti acara mengecewakan, tindakan tuntas diambil – Ahmad Faizal

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Ogos :  Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mengambil tindakan secara menyeluruh dalam beberapa acara yang memberikan keputusan mengecewakan pada temasya Sukan Komanwel Birmingham 2022.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata KBS telah  mengenal pasti beberapa acara sukan itu dan perkara berkenaan sememangnya dipandang serius.

“Tindakan tuntas sedang dibuat demi mendapatkan hasil membanggakan di masa depan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Ahmad Faizal turut bersyukur atas aksi yang baik dipamerkan kontinjen negara pada temasya sukan  empat tahun sekali itu.

Katanya kejayaan mengutip keseluruhan tujuh pingat emas serta masing-masing lapan perak dan gangsa menepati sasaran yang diletakkan sebelum ini dan pencapaian itu adalah hasil daripada usaha para atlet dan barisan pegawai terlibat.

Beliau juga menzahirkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terlibat dalam temasya sukan berprestij itu termasuk Majlis Sukan Negara (MSN), Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Institut Sukan Negara (ISN).

Katanya KBS turut berterima kasih kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di atas sokongan dan dorongan diberikan selama ini.

“Sokongan konsisten YAB Perdana Menteri akan terus menaikkan semangat atlet dan para pegawai untuk mencipta lebih kejayaan di masa depan,” katanya.

Sementara itu, beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia yang senantiasa memberi sokongan dan doa kepada atlet dengan menyifatkan ia sebagai azimat paling penting dalam membakar semangat mereka untuk berjuang bermati-matian demi negara tercinta.

Pencapaian dilakar kontinjen negara di Birmingham menyaksikan Malaysia menamatkan cabaran di tangga ke-10 secara keseluruhan dan menyamai rekod tujuh emas dicatatkan pada edisi 2018 di Gold Coast, Australia. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan