Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

PM ingatkan pengguna aplikasi waspada cubaan godam akaun

ByBernama

KUALA LUMPUR, 9 Ogos: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengingatkan pengguna aplikasi pesanan segera mudah alih agar berwaspada dan berhati-hati dengan tindakan pihak tidak bertanggungjawab menggodam akaun mereka.

Beliau berkata pengguna tidak seharusnya terpengaruh dengan sebarang bentuk pesanan yang diterima kerana penggodam mempunyai pelbagai cara untuk memanipulasi pengguna.

“Semalam ada orang hack akaun Telegram dan Signal saya dan sudah laporkan kepada MCMC (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) supaya mereka lebih proaktif dalam perkara ini.

“Kita perlu terus laporkan kepada MCMC supaya tindakan segera dapat dilaksanakan oleh mereka. Jangan biarkan lama, sebab takut dia gunakan identiti (pemilik akaun sebenar) untuk menipu orang lain dan sebagainya,” katanya ketika ditemui media di Bangunan Parlimen di sini.

Terdahulu, Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan akaun itu dipercayai digunakan bagi aktiviti jenayah penipuan dan meminta individu yang menerima mesej daripada akaun berkenaan supaya mengabaikannya serta membuat laporan kepada pihak berkuasa. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan