Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Sarawak dihadiri seramai 87,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya. Foto Fiqri Razak (TVS).

87,000 pengunjung hadiri Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia di Sarawak

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 7 Ogos : Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Sarawak dihadiri seramai 87,000 pengunjung sepanjang tiga hari penganjurannya.

Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof berkata, sambutan baik itu mencerminkan bahawa apa yang dihasratkan kerajaan iaitu semangat kebersamaan dan keterangkuman, jelas dihayati oleh penduduk Sarawak.

“Sebab itu Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Sarawak dapat sambutan begitu baik sekali dalam semua aspek sama ada dari segi jualan murah, pameran termasuk juga kenduri rakyat,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis kenduri rakyat di Stadium Perpaduan di sini, hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg turut bersama lebih 1,500 pengunjung menikmati hidangan tengah hari dalam stadium manakala lebih 4,000 pengunjung di luar stadium. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan