Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kompleks Sukan Jamsil, Seoul
Lelaki itu mendakwa sebagai pejuang Daesh dan memuat naik satu catatan di internet mendakwa dia akan meletupkan tiga bom di kompleks sukan itu. Foto: Nam-ho Park (Flickr)

1,000 orang dipindahkan selepas ancaman bom sasar Kompleks Sukan Jamsil, Seoul

ByBernama

SEOUL, 7 Ogos : Kira-kira 1,000 orang dipindahkan selepas seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an mengugut untuk meletupkan Kompleks Sukan Jamsil di selatan Seoul pada Ahad.

Lelaki itu mendakwa sebagai pejuang Daesh dan memuat naik satu catatan di internet mendakwa dia akan meletupkan tiga bom di kompleks sukan itu, menurut agensi berita Yonhap memetik Balai Bomba Seoul Songpa.

Laporan polis mengenai ancaman itu dibuat pada 10:19 pagi, kata pegawai.

Sebanyak 14 kenderaan dan 58 anggota polis dikerah memindahkan kira-kira 1,000 peserta yang sedang membuat persiapan bagi sambutan Seoul Festa, iaitu festival pelancongan tahunan, di kompleks itu. Turut dibawa keluar ialah pemain besbol pofesional pasukan LG Twins yang menjalani latihan di kompleks itu, menurut laporan itu lagi.

Polis melakukan siasatan menyeluruh di kompleks itu tetapi tidak menemui sebarang bahan letupan.

Polis mengesahkan bahawa seorang lelaki berusia 20-an yang tinggal di Goyang, utara Seoul, membuat hantaran itu selepas menjejaki alamat IP, tetapi tiada sebarang tangkapan dibuat memandangkan dia mengalami masalah mental. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan