Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) menyatakan komitmennya untuk terus menyokong Projek Adenosara yang dilaksanakan Majlis Biodiversiti Sarawak (SBC) di Kampung Semadang dan Lubok Antu. Foto: Sarawak Biodiversity Centre (SBC)
Sehingga hari ini, projek berkenaan menyaksikan pembangunan infrastruktur, pelaksanaan pembinaan kapasiti dan projek pemerkasaan belia, serta pembayaran faedah ABS mencapai jumlah RM200,000.

UNDP sokong Projek Adenosara

ByOdleen Catherny

PADAWAN, 5 Ogos : Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) menyatakan komitmennya untuk terus menyokong Projek Adenosara yang dilaksanakan Majlis Biodiversiti Sarawak (SBC) di Kampung Semadang dan Lubok Antu.

Penolong Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Kanni Wignaraja berkata pihaknya memberi jaminan untuk meneruskan sokongan yang telah dicurahkan sejak 2018 itu lagi.

“Komitmen sebegini dari segi usaha pemuliharaan dan komuniti yang membuatkan kita terus mampu maju dan saya boleh katakan dengan sokongan atau hubungan baik kami dengan rakan kongsi kami, SBC, Dr Yeo Tiong Chia dan pasukannya, kami akan terus bersama-sama anda dalam perjalanan ini.

“Teruskan usaha serta yakin bahawa UNDP akan terus bersama anda dalam pengembaraan ini,” katanya selepas melakukan lawatan rasmi ke Kampung Semadang, Penrissen, di sini, hari ini.

Menerusi projek berkenaan, Sarawak menjadi negeri pertama di Malaysia yang melaksanakan Protokol Nagoya berkaitan Akses dan Perkongsian Faedah (ABS) sejak 2019.

Pemeteraian Perjanjian Perkongsian Faedah AdenoSara pada 2020 menyaksikan faedah secara adil dan saksama dilaksanakan ke atas pengetahuan tradisional yang berkaitan dengan sumber genetik.

Sehingga hari ini, projek berkenaan menyaksikan pembangunan infrastruktur, pelaksanaan pembinaan kapasiti dan projek pemerkasaan belia, serta pembayaran faedah ABS mencapai jumlah RM200,000.

Sepanjang empat tahun lalu UNDP telah bekerjasama dengan SBC untuk melaksanakan projek bagi mengukuhkan perusahaan berasaskan komuniti dalam pemuliharaan dan pengkomersilan bioproduk berasaskan pengetahuan tradisional.

Projek itu telah menyaksikan penyertaan aktif oleh masyarakat Bidayuh Kampung Semadang dan masyarakat Iban Rumah Simon, Lubok Antu, Sarawak.

Projek AdenoSara berpaksikan pada pengetahuan tradisional masyarakat mengenai tumbuhan seperti pokok Adenosma Nelsonioides.

Tumbuhan itu secara tradisinya digunakan untuk menghalau kutu daripada haiwan peliharaan masyarakat, sekaligus menunjukkan kesan penghalau yang berpotensi mendapat tempat sebagai salah satu tumbuhan bioaktif yang didokumenkan di Pusat Produk Semulajadi SBC.

Baru-baru ini, minyak pati tumbuhan itu berjaya didaftarkan sebagai bahan kosmetik dalam Nomenklatur Bahan Kosmetik Antarabangsa (INCI) yang diiktiraf di peringkat global. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan