Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pekebun warganegara Filipina bersama dua anaknya terbunuh dalam satu kejadian kemalangan di Jalan Lintas di sini pada Jumaat.

Tiga beranak terbunuh dalam kemalangan di Jalan Lintas

ByTVS

KOTA KINABALU, 6 Ogos : Pekebun warganegara Filipina bersama dua anaknya terbunuh dalam kemalangan di Jalan Lintas di sini malam tadi.

Dalam kejadian pukul 11.24 malam itu, mangsa berusia 44 tahun dan dua anaknya iaitu seorang perempuan berusia 11 tahun dan lelaki berusia 16 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang lagi kanak-kanak lelaki yang juga dipercayai anak saudara mangsa berusia empat tahun dilapor cedera parah.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zaidi Abdullah berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan itu melibatkan sebuah jip jenis Nissan Navara yang terbabas sendiri.

Katanya, kesemua mangsa dilaporkan dalam perjalanan dari Angkasa Apartment, Rampayan menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA).

“Apabila sampai di situ, pemandu dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan merempuh tiang besar sehingga kenderaan terputus dua.

“Akibat kejadian itu , dua mangsa tercampak keluar daripada kenderaan manakala dua lagi tersepit di dalam kenderaan,” katanya.

Beliau memberitahu, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan