Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Permohonan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) telah diluluskan, kata Yang Dipertua parti itu, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Permohonan Willie Mongin sertai PBB diterima

ByAmirah Shawel

KUCHING, 6 Ogos : Permohonan Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin untuk menyertai Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) telah diluluskan.

Yang Dipertua PBB, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, beliau menyambut baik kehadiran Willie sebagai ahli baharu parti itu.

“Namun begitu, tiada komitmen yang akan diberikan kepada Willie setakat ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pertama Majlis Tertinggi Parti PBB di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata, keputusan itu telah dibincangkan dan dipersetujui ketika mesyuarat berkenaan.

Sebelum ini,  Willie mengesahkan beliau telah mengemukakan permohonan untuk menyertai PBB pada 20 Jun lalu.

Willie memenangi kerusi Parlimen Puncak Borneo pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) ketika bersama PKR namun memilih untuk meninggal parti itu dan menyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN). -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan