Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki warga emas terbunuh selepas dilanggar sebuah kereta ketika menjalankan kerja memotong rumput di Taman Selasih di sini hari ini. Foto TVS.

Pemotong rumput maut dilanggar kereta

ByTVS

KULIM, 6 Ogos : Seorang lelaki warga emas terbunuh selepas dilanggar sebuah kereta ketika menjalankan kerja memotong rumput di Taman Selasih di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 petang tadi, mangsa yang merupakan pekerja kontrak pembersihan berusia 68 tahun maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Mohd. Redzuan Salleh berkata, siasatan pihaknya mendapati kemalangan berlaku ketika mangsa sedang memotong rumput di tepi jalan.

“Ketika tiba di tempat kejadian, sebuah kereta jenis Poron Iswara telah hilang kawalan dan melanggar mangsa yang sedang berada di kiri jalan.

“Ketika kejadian, kereta itu dari arah kawasan perniagaan Taman Selasih dan pemandunya dalam perjalanan pulang ke rumah di taman perumahan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya telah menahan pemandu kereta terbabit sejurus kejadian bagi siasatan lanjut.

“Lelaki yang tidak bekerja itu mempunyai lesen memandu sah sehingga 2025 dan kereta berkenaan mempunyai cukai jalan sah sehingga 22 Ogos 2022,” ujarnya.

Mohd. Redzuan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan