Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak akan beri insentif kepada dua atlet negeri ini yang meraih kejayaan pada sukan antarabangsa. Foto TVS.

Insentif akan diberikan kepada Bonnie Gunyau dan Mohd. Adib Iqbal

BySalasiah Safian

KUCHING, 6 Ogos : Kerajaan Sarawak akan memberikan insentif kepada atlet dari negeri ini yang memenangi pingat pada kejohanan sukan antarabangsa.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, jumlah insentif yang akan diberikan itu adalah separuh daripada nilai yang diberikan oleh Kerajaan Persekutuan.

Sehubungan itu katanya, Bonnie Bunyau Gustin dan Mohd. Adib Iqbal Abdullah akan menerima penghargaan berkenaan susulan kejayaan mereka di Sukan Komanwel Birmingham, England dan Suka PARA ASEAN di Solo, Indonesia.

“Seterusnya, saya juga berharap akan ada lebih ramai atlet yang akan mendapat pingat padaSukan Komanwel. Begitu juga pada SUKMA yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Pameran Persatuan Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Sarawak, di sini hari ini.

Sementara itu, Abdul Karim turut mengambil peluang mengucapkan tahniah kepada Bonnie Bunyau dan Mohd. Adib Iqbal.

“Saya sangat berbangga dengan pencapaian mereka, lebih – lebih lagi Mohd. Adib Iqbal yang merupakan anak kelahiran Asajaya,”katanya.

Bonnie Bunyau yang juga juara dunia mencipta sensasi di Birmingham apabila meraih pingat emas serta mencatatkan rekod baharu kejohanan acara powerlifting kategori lightweight manakala Mohd Adib Iqbal memenangi emas dalam acara 50 meter (m) renang kuak dada lelaki SB14. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan