Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tempoh jualan semula tiket Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan ditutup pada 16 Ogos jam 12 tengah hari waktu Doha.

FIFA lancar platform jualan semula tiket rasmi Piala Dunia 2022

ByBernama

ZURICH, 6 Ogos : Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) melancarkan Platform Jualan Semula Tiket Rasmi untuk Piala Dunia FIFA Qatar 2022 dan peminat yang telah membeli tiket mereka melalui platform rasmi FIFA boleh menjualnya semula di platform itu.

Tempoh jualan semula tiket Piala Dunia FIFA Qatar 2022 akan ditutup pada 16 Ogos jam 12 tengah hari waktu Doha.

Menurut Agensi Berita Qatar (QNA), badan induk bolasepak dunia itu akan membuat satu lagi tempoh jualan semula Tiket FIFA pada tarikh dekat dengan kejohanan itu.

Orang awam yang membeli tiket Piala Dunia FIFA Qatar 2022 secara dalam talian menurut Syarat Jualan Tiket Dalam Talian untuk Orang Ramai boleh menyerahkan tiket itu untuk dijual semula di Platform Jualan Semula Tiket Rasmi FIFA, dengan mengakses akaun Tiket FIFA mereka dan memilih pilihan “Tiket untuk dijual semula” di menu paparannya, lapornya.

Pautan berasingan disediakan untuk pelanggan antarabangsa dan penduduk Qatar.

Mereka yang berminat untuk membeli tiket yang disediakan dalam Platform Jualan Semula Tiket Rasmi FIFA boleh menyemak pautan yang berkaitan di laman sesawang FIFA. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan