Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang membawa senapang angin buatan sendiri tanpa lesen ditahan polis di hadapan sebuah rumah panjang di Pakan, dekat sini, pagi semalam.Foto: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Julau.

Lelaki bawa senapang angin ditahan depan rumah panjang di Pakan

JULAU, 5 Ogos : Seorang lelaki yang membawa senapang angin buatan sendiri tanpa lesen ditahan polis di hadapan sebuah rumah panjang di Pakan, dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan (DSP) Andam Sulin berkata, suspek berusia 43 tahun itu ditahan menerusi Op Laras yang dilancarkan pihaknya pada pukul 10.30 pagi.

Katanya, sejurus ditahan, polis memeriksa kereta Proton Wira berwarna putih yang dipandu suspek dan menemui selaras senapang angin dipercayai buatan sendiri yang disimpan dalam bonet kereta.

“Berdasarkan siasatan, suspek mengaku senapang itu miliknya yang digunakan untuk tujuan memburu haiwan di kawasan hutan berhampiran,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Beliau memberitahu, kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960 kerana memiliki senjata tanpa lesen atau permit. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan