Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUALA LUMPUR, 24 Mac (Bernama) -- Rang Undang-undang Anti Lompat Parti akan dibentang pada Sidang Khas Parlimen yang dijadualkan pada 11 April ini, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan akan memastikan kemenangan demi kepentingan dan kedaulatan negara tetap terpelihara.

Kerajaan pastikan strategi terbaik tangani isu tuntutan kumpulan Sulu – Wan Junaidi

ByBernama

KUALA LUMPUR, 5 Ogos : Kerajaan menyatakan komitmen untuk memastikan strategi terbaik dilaksanakan bagi menangani isu tuntutan kumpulan Sulu terhadap kerajaan Malaysia, termasuk penubuhan Pasukan Khas Bagi Menangani Isu Tuntutan Pihak Mendakwa Waris Kesultanan Sulu Terhadap Kerajaan Malaysia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Dato Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata kerajaan akan memastikan kemenangan demi kepentingan dan kedaulatan negara tetap terpelihara.

“Kerajaan juga yakin bahawa semua tindakan dan strategi yang sedang dan akan dilaksanakan bagi menangani isu ini akan membuahkan hasil yang positif dengan sokongan semua pihak khususnya rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca > > > Pasukan khas tangani isu tuntutan waris Kesultanan Sulu ditubuhkan

Beliau berkata pasukan khas itu telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada Rabu antara lain membincangkan berkaitan tindakan undang-undang yang telah diambil oleh kerajaan Malaysia di Sepanyol dan Perancis bagi menangani tuntutan tersebut, selain isu pembayaran wang serahan berjumlah 5,300 dolar setahun.

Menurutnya Final Award yang dikeluarkan Mahkamah Arbitrasi Paris pada 28 Feb lepas tidak menyentuh isu pengambilan wilayah Sabah atau kedaulatan negeri itu oleh kumpulan Sulu.

Wan Junaidi berkata pasukan khas turut mengambil maklum bahawa pelantikan Dr Gondoza Stampa sebagai penimbang tara dan kesemua tindakan bersifat prosedur yang dibuat olehnya telah dibatalkan berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid bertarikh 29 Jun 2021.

“Berdasarkan keputusan bertarikh 29 Jun 2021 tersebut, Mahkamah Tinggi Madrid telah mengeluarkan keputusan bahawa ‘Partial Award on Jurisdiction’ yang dikeluarkan pada 25 Mei 2020 oleh Dr Stampa adalah tidak sah dan terbatal.

Baca > > > Tuntutan kumpulan Sulu: PM beri jaminan lindungi aset negara

“Kerajaan juga telah mengemukakan permohonan untuk membatalkan Exequatur Order dan seterusnya permohonan bagi menggantung penguatkuasaannya. Permohonan kerajaan bagi menggantung penguatkuasaan Exequatur Order tersebut telah dibenarkan oleh Mahkamah Perancis pada 16 Dis 2021,” katanya.

Beliau berkata kerajaan seterusnya membuat permohonan membatalkan Final Award yang dikeluarkan oleh Dr Stampa pada 28 Feb lepas itu dan permohonan bagi menggantung penguatkuasaan Final Award tersebut di Mahkamah Perancis.

Katanya mahkamah itu telah membenarkan permohonan bagi menggantung penguatkuasaan Final Award tersebut pada 12 Julai lepas. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan