Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menyantuni seorang veteran tentera ketika hadir pada perasmian Poliklinik Kesihatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Kem Penrissen hari ini. Foto Bernama.

Hishammudin tempelak Anwar isu LCS

ByAkma Salleh

KUCHING, 5 Ogos : Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammudin Hussein menempelak Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang memberi kenyataan bermotifkan politik berhubung isu kapal tempur pesisir pantai (LCS).

Hishammudin berkata, ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah, Anwar memberikan reaksi berbeza apabila mahu meneruskan projek berkenaan.

Tambahnya, berdasarkan maklum balas, cadangan ‘terbaharu’ oleh Ahli Parlimen Port Dickson itu dilihat akan lebih menimbulkan kemarahan berdasarkan beberapa faktor.

“Apa sebab kita hendak teruskan LCS ? Ini bersandarkan keperluan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).Bila beliau kata hendak batalkan, maknanya anggota TLDM akan marah.

“Keduanya begitu ramai vendor yang terlibat dengan LCS dan sekiranya dibatalkan, (mereka) terpaksa gulung tikar,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anwar yang menggesa kerajaan agar menghentikan projek LCS fasa enam yang menelan belanja RM571 juta.

Anwar berkata projek yang belum dimulakan itu perlu dihentikan dan kerajaan perlu menyelesaikan ‘skandal’ seperti yang dibentangkan oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Mengulas mengenai saranan pembatalan berkenaan, Hishammudin berkata, sekiranya langkah dilaksanakan, ianya bercanggah dengan pendirian PAC yang tidak ‘menuntut’ supaya projek itu dibatalkan.

Menurut Hishammudin, keputusan untuk meneruskan LCS dibuat kerana ianya merupakan aset yang amat diperlukan,.

“Ini bukan sekadar untuk memenuhi perancangan pemodenan TLDM mengikut pelan transformasi sedia ada,”katanya.

Terdahulu, Hishammudin hadir merasmikan Poliklinik Kesihatan ATM Kem Penrissen di sini hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan