Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata kebakaran itu berlaku pada pukul 9.30 malam, di kedudukan 13.7 batu nautika timur laut Kuala Endau. Foto: Maritim Malaysia.

Bot nelayan terbakar, 20 kru selamat

ByBernama

MERSING, 5 Ogos : Sebuah bot nelayan terbakar di perairan Kuala Endau, Pahang, semalam (Khamis), namun kesemua 20 orang kru bot tersebut selamat.

Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata kebakaran itu berlaku pada pukul 9.30 malam, di kedudukan 13.7 batu nautika timur laut Kuala Endau.

Susulan itu, bot ronda kelas Perkasa telah diarahkan ke lokasi dan mendapati kesemua mangsa yang merupakan warga Laos itu telah diselamatkan oleh bot nelayan tempatan yang berada berhampiran.

“Semua mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan dan dibawa ke Pos Maritim Teluk Gading untuk diserahkan kepada majikan mereka, yang juga pemilik bot yang terbakar itu.

“Menurut mangsa, kejadian dipercayai berpunca daripada kebakaran di bahagian enjin sebelum ia mula merebak ke semua bahagian bot,” katanya dalam kenyataan, hari ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan