Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ribut petir cuaca hujan metmalaysia
KAmaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama dan kedua) telah dikeluarkan di perairan Laut China Selatan bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Amaran ribut petir dan angin kencang di utara Sarawak – MetMalaysia

ByNurul Amarlina

KUCHING, 5 Ogos : Amaran angin kencang dan laut bergelora (kategori pertama dan kedua) telah dikeluarkan di perairan Laut China Selatan bermula hari ini sehingga Isnin depan.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) memaklumkan, keadaan ini berlaku disebabkan suatu sistem cuaca tekanan rendah di barat Filipina dijangka bergerak menuju ke Vietnam antara Jumaat hingga Ahad. 

“Keadaan ini berpotensi membawa angin baratan yang kuat dan boleh menyebabkan kejadian garis badai yang akan membawa bersama hujan lebat, ribut petir dan angin kencang.

“Kawasan yang dijangka menerima tempias ialah di utara Sarawak (Bintulu, Miri dan Limbang), barat Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan dalam tempoh tersebut,” jelas MET Malaysia menerusi kenyataan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan