Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak kekal dengan keputusan untuk tidak menerima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berdepan tindakan tatatertib dihantar bertugas di negeri ini, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto UKAS.

Sarawak tetap tolak polis bermasalah dihantar ke sini – Abang Johari

ByLuqman Muhammad

KUCHING, 4 Ogos : Sarawak kekal dengan keputusan untuk tidak menerima anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berdepan tindakan tatatertib untuk dihantar bertugas di negeri ini.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pendirian kerajaan negeri telah dinyatakan semalam oleh Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri.

“Maka itulah pendirian Kerajaan Sarawak, dalam kenyataan itu sudah jelas,”katanya kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Perasmian Muzium Limbang hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas polemik yang timbul ekoran cadangan untuk menghantar sembilan orang anggota PDRM yang terlibat dengan kes salah laku untuk bertugas di Sabah dan Sarawak.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato S Sasikala Devi seperti dilaporkan sebuah akhbar pada Selasa lepas.

Sementara itu, di Kota Kinabalu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, pihaknya mengambil maklum bantahan oleh kerajaan di kedua – dua negeri dan akan mengkaji semula keputusan itu. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan