Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bahang Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Sarawak yang bertempat di Dataran Perayaan Petra Jaya kian terasa, dengan hanya tinggal kurang dari 24 jam lagi acara itu bakal berlangsung. Foto Faitullah Morni (TVS)

Bahang Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Sarawak kian terasa

KUCHING, 4 Ogos : Bahang Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia (JAKM) Sarawak yang bertempat di Dataran Perayaan Petra Jaya kian terasa, dengan hanya tinggal kurang dari 24 jam lagi acara itu bakal berlangsung.

Tinjauan Bernama mendapati petugas-petugas setiap agensi perkhidmatan awam, logistik, teknikal dan lain-lain yang terlibat sedang sibuk menyiapkan persiapan terakhir bagi memastikan acara JAKM yang bermula esok sehingga Ahad ini berjalan dengan lancar.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan merasmikan majlis penutupan program itu yang turut dihadiri Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg, Ahad ini.

JAKM ini berkonsepkan keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran dengan menggambarkan keutuhan negara yang terikat dengan nilai didikan sempurna dalam sebuah keluarga, selain frasa Keluarga Malaysia itu disifatkan lebih inklusif kerana merentasi sempadan agama dan bangsa.

Sepanjang tiga hari JAKM berlangsung, pelbagai acara dan aktiviti disediakan dengan penglibatan 28 agensi perkhidmatan awam yang menyediakan bantuan dan perkhidmatan.

Berdasarkan atur cara yang disediakan turut diadakan Pemadanan Perniagaan, Cabutan Bertuah, Karnival Kerjaya Jamin Kerja Keluarga Malaysia, Malam Zikir Berkah “Darul Hanna”, Jualan Keluarga Malaysia, Jualan Usahawan IKS, E-Sukan, Sukan Rakyat, Cita Rasa Keluarga Malaysia, trak makanan, Sihat Keluarga Malaysia dan Larian Sihat Keluarga Malaysia.

Selain itu, pelbagai gerai yang menjual produk usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) turut  disediakan bagi membolehkan pengunjung melihat sendiri, serta memberi peluang untuk membeli produk-produk keluaran usahawan tempatan.

Orang ramai yang ingin berkunjung ke AKM boleh membuat pendaftaran awal di https://bit.ly/SARAWAKJAKM dan untuk makluman lanjut melayari laman  web www.keluargamalaysia.gov.my.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan