KUCHING, 3 Ogos : Skuad badminton campuran negara berjaya menyumbang pingat emas ketiga kontinjen negara pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 setelah menewaskan India dengan keputusan 3-1dalam aksi final sebentar tadi.
Pasangan beregu lelaki negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menyumbang mata pertama negara setelah menundukkan Satwik Sairaj Rankireddy – Shetty Chandrashkekhar dengan keputusan 21-18 dan 21-15.
Debaran Malaysia untuk mencapai emas acara itu sedikit tersentak apabila perseorangan wanita, Goh Jin Wei tumpas 20 – 22 dan 17-21 kepada Pursala Sindhu.
Perseorangan lelaki kedua, Ng Tze Yong kemudiannya kembali menyalakan misi emas Malaysia setelah memenangi pertarungan tiga set ke atas Srikanth Kidambi.

Tze Yong, pemain ranking ke-42 dunia menang 21-19 set pertama namun tumpas mudah 6-21 pada set kedua kepada Srikanth yang juga pemain di ranking ke 13 dunia.
Begitupun pemain berusia 22 tahun itu bangkit mencatatkan keputusan 21-16 pada set ketiga.
Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan – M Thinaah mengesahkan emas Malaysia apabila menewaskan Treesa Jolly – Pullela Gayatri 21-18 dan 21-17. – TVS