Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak menolak 'cadangan' untuk menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) 'yang bermasalah' untuk bertugas di negeri ini seperti laporan sebuah akhbar semalam.

Sarawak ‘tolak’ kemasukan polis ‘bermasalah’ berkhidmat di negeri ini

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 3 Ogos : Sarawak menolak ‘cadangan’ untuk menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) ‘yang bermasalah’ untuk bertugas di negeri ini seperti laporan sebuah akhbar semalam.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri berkata, secara dasarnya, Sarawak menyambut baik usaha PDRM untuk menambah bilangan anggotanya bagi tujuan memantapkan kawalan keselamatan di negeri ini.

“Namun kita berharap PDRM akan menempatkan pegawai dan anggota yang berintegriti tinggi serta bebas sebarang siasatan jenayah,” jelas pejabat berkenaan menerusi kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu menyusul susulan laporan akhbar berkenaan semalam yang memetik kenyataan Timbalan Ketua Polis Selangor, Dato S Sasikala Devi bahawa sembilan orang anggota polis yang terlibat dalam kes peras ugut baru – baru ini akan ditukarkan ke beberapa balai polis dan bahagian di Sabah dan Sarawak.

Mengakhiri kenyataan berkenaan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak berkata, PDRM menyambut baik saranan Kerajaan Sarawak dan memaklumkan keputusan pertukaran itu akan dikaji semula. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan