Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
KUCHING, 3 Ogos : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap agar rakan-rakan beliau tidak berbelanja untuk membeli iklan di surat khabar untuk mengucapkan selamat hari ulang tahunnya yang ke-72 esok.

Premier Sarawak tolak iklan sambutan hari jadi di akhbar

ByYazid Ibrahim

KUCHING, 3 Ogos : Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap agar rakan-rakan beliau tidak membeli iklan di surat khabar untuk mengucapkan selamat hari ulang tahunnya yang ke-72 esok.

Menurut kenyataan Pejabat Premier Sarawak, Abang Johari menghargai niat murni berkenaan namun beliau tidak mahu rakan-rakan dan orang ramai berbelanja untuk iklan sedemikian.

 Ujar kenyataan itu, saranan berkenaan diberikan memandangkan keadaan sukar ekonomi semasa di samping keperluan untuk membendung inflasi.

 Pada tahun lepas, permintaan sama turut dilakukan oleh Abang Johari apabila beliau menyarankan peruntukan untuk membeli iklan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya disalurkan kepada Tabung Amanah Bencana COVID-19 Negeri.

Abang Johari dilahirkan pada 4 Ogos 1950 di Limbang, Sarawak dan merupakan anak kepada Gabenor pertama negeri, Tun Datuk Abang Openg Abang Sapiee. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan