Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penglibatan anak muda dalam Kuching Festival And Food Fair 2022 (KFF) merupakan langkah awal bagi golongan itu menceburi bidang keusahawanan. Foto Faitullah Morni (TVS)

Kuching Festival Food Fair 2022 platform golongan muda ceburi keusahawanan

ByAmirah Shawel

KUCHING, 3 Ogos : Penglibatan anak muda dalam Kuching Festival And Food Fair 2022 (KFF) merupakan langkah awal bagi golongan itu menceburi bidang keusahawanan dengan lebih serius.

Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, pesta gastronomi ini juga membolehkan usahawan muda Sarawak khususnya bidang makanan dan dan minuman untuk berinovasi dan menampilkan idea kreatif masing – masing.

Katanya, ini penting untuk memantapkan pengalaman keusahawanan dan mengasah kemahiran.

“Oleh itu, penglibatan mereka di sini bukan sekadar teori tetapi secara praktikal,”katanya.

 KFF yang sedang berlangsung turut menarik kehadiran pelancong asing. Foto Faitullah Morni (TVS)

Beliau berkata demikian semasa merasmikan KFF di sini semalam.

Sementara itu, Dr. Sim berkata,  KFF bukan sekadar pesta makanan sahaja sebaliknya merupakan platform untuk budaya tempatan kepada orang luar.

“Pesta ini sebenarnya juga melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) dan juga badan persahabatan dari China dan Korea Selatan,” katanya.

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan