Search
Close this search box.
Search
Close this search box.

Nurul Hidayah lengkapkan sasaran emas AUG

ByBernama

UBON RATCHATHANI (Thailand), 2 Ogos: Atlet taekwondo wanita negara Nurul Hidayah Abdul Karim muncul penyumbang pingat emas ke-35 pada Sukan Universiti ASEAN (AUG), sekali gus melengkapkan sasaran emas kontinjen negara.

Dalam aksi di Kampus Ban Yang Noi, wirawati itu mengungguli acara poomsae individu wanita dengan mengutip 8.383 mata.

Beliau menewaskan peserta tuan rumah Thunsinee Mookda yang mengumpul 8.350 mata, manakala atlet Indonesia Ruhil Masri meraih tempat ketiga dengan 8.049 mata.

“Saya bersyukur dapat pingat ini kerana ia merupakan kali pertama emas diraih taekwondo pada temasya AUG.

“Sedikit gementar berikutan saya merupakan atlet pertama yang membuat persembahan sebentar tadi,” katanya kepada pemberita.

Kejayaan Nurul Hidayah itu memberi khabar gembira buat kontinjen negara selepas tersangkut di emas ke-34 disumbangkan sukan memanah Ahad lepas.

“Saya sendiri tidak tahu ini merupakan emas ke-35, jadi saya tak fikir sangat hanya fokus sahaja di atas gelanggang tadi,” katanya.

Sementara itu Malaysia meraih perak menerusi Jason Loo Jun Wei dalam poomsae individu lelaki.

Pemenang pingat perak Sukan SEA Vietnam 2021 itu mencatatkan 8.116 mata, sekali gus gagal menyaingi peserta tuan rumah Worapol Sianglio yang muncul juara dengan 8.233 mata. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan