Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Kesihatan Indonesia, Dr Dante Saksono Harbuwono hadir pada majlis menandatangani MoU membabitkan IHH dan Prodia di Jakarta, kelmarin.

Lebih 670 000 rakyat Indonesia dijangka dapatkan rawatan perubatan swasta di Malaysia

ByTVS

JAKARTA, 2 Ogos : Kerjasama IHH Healthcare Bhd (IHH) di Malaysia dan PT Prodia Widyahusada Tbk (Prodia) dari Indonesia dijangka akan membuka peluang yang lebih luas untuk rakyat negara ini mendapatkan rawatan dan perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta yang ditawarkan Malaysia.

Berdasarkan data oleh Majlis Pelancongan Kesihatan Malaysia (MHTC), lebih 670,000 rakyat Indonesia telah mendapatkan rawatan perubatan di Malaysia pada 2019.

Angka itu dijangka akan dicatatkan sekali lagi menjelang 2025 setelah majoriti sektor kini beroperasi penuh selepas gangguan akibat pandemik COVID-19.

Timbalan Menteri Kesihatan Indonesia, Dr Dante Saksono Harbuwono berkata, Kerajaan Indonesia menyokong kerjasama strategik yang dirintis oleh syarikat tempatan dan antarabangsa bagi membolehkan rakyat republik itu menerima rawatan kesihatan terbaik di Malaysia.

“Kerjasama ini merupakan langkah yang inovatif dan sangat strategik bagi kedua -dua negara,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) membabitkan IHH dan Prodia di sini semalam.

Prodia merupakan pemain utama dalam industri makmal kesihatan Indonesia serta memiliki rangkaian makmal terbesar di sini.

Melalui MoU itu, dijangka IHH mampu mengoptimumkan pengurusan pesakit yang memerlukan perkhidmatan pemeriksaan makmal klinikal sebelum dan selepas rawatan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IHH, Jean-François Naa berkata, IHH telah menyediakan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti, khususnya kepada pesakit dari Indonesia.

“Dalam usaha berterusan, kami telah membuat talian hotline untuk mempermudahkan lagi rakyat Indonesia mendapatkan perubatan di Malaysia,”katanya. -TVS

Tags: Indonesia

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan