Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 12 penumpang dan juragan sebuah bot berdepan detik cemas selama enam jam selepas bot yang dinaiki mereka karam di perairan Pulau Mantabuan kelmarin.

Berenang enam jam minta bantuan selepas bot karam di Semporna

ByTVS

SEMPORNA, 2 Ogos : Seramai 12 penumpang dan juragan sebuah bot berdepan detik cemas selama enam jam selepas bot yang dinaiki karam di perairan Pulau Mantabuan kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 petang itu, mangsa yang terdiri daripada tujuh warga tempatan dan lima warga asing berumur tiga hingga 79 tahun berjaya diselamatkan oleh pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd. Farhan Lee Abdullah berkata, ketika kejadian semua mangsa dari negara jiran itu sedang dalam perjalanan ke Semporna.

Menurutnya, polis menerima maklumat kejadian itu daripada pasukan Kawasan Keselamatan Khas Timur Sabah (ESSCOM).

“Hasil siasatan mendapati bot jenis kayu itu bertolak dari negara jiran pada pukul 2 petang.

“Semasa tiba di perairan Pulau Mantabuan, bot itu dipercayai terlanggar kayu yang terapung menyebabkan bocor,”katanya di sini.

Beliau memberitahu, juragan dan penumpang kemudian bertindak mengikat tong minyak kosong dikeliling bot bagi mengelakkan bot tenggelam.

“Juragan yang berusia 46 tahun itu kemudian berenang ke arah Pulau Mantabuan selama enam jam untuk meminta bantuan,” katanya.

Katanya, pihak ATM yang berada di pulau berkenaan menjalankan tindakan menyelamat.

“Empat lelaki tanpa dokumen pengenalan diri dan juragan bot telah ditahan untuk siasatan lanjut manakala yang lain telah dibebaskan setelah kenyataan diambil,” katanya lagi.

Kes disiasat di bawah Seksyen 280 Kanun Keseksaan iaitu menjalankan perahuan dengan gopoh dan di bawah Seksyen 6(1)(C) Akta Imigresen. – TVS

Tags: Semporna

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan