Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tradisi unik di Bario memenuhi syarat Pelancongan Berasaskan Komuniti berpotensi untuk menyertai Anugerah Perkampungan Pelancongan Terbaik Dunia. Foto Facebook Dato Sri Nancy Shukri

Bario penuhi kriteria Anugerah Perkampungan Pelancongan Terbaik Dunia – Nancy

BySalasiah Safian
KUCHING, 2 Ogos : Kawasan perkampungan Bario yang memenuhi syarat Pelancongan Berasaskan Komuniti berpotensi untuk menyertai Anugerah Perkampungan Pelancongan Terbaik Dunia.
 
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, kementeriannya akan memberi sokongan kepada Bario untuk memastikan tarikan pelancongan di situ akan dapat dikekalkan.
 
Ujar beliau, perkara itu perlu dipelihara memandangkan penduduk Bario mempunyai seni, budaya dan tradisi tersendiri yang tidak ada di tempat lain.
 
“Masyarakatnya sangat komited, jadi saya ingin Bario turut serta dalam pencalonan Anugerah Perkampungan Pelancongan Terbaik Dunia kelolaan Organisasi Pelancongan Dunia (UNWTO),” katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada media menghadiri Pesta Nukenen Bario baru – baru ini.
 
Menurut Nancy, UNWTO yang disertai 159 negara baru – baru ini telah mengiktiraf sebuah kampung di Sabah sebagai Perkampungan Pelancongan Terbaik Dunia.
 
Sehubungan itu, Nancy berharap, sekiranya Bario dicalonkan, kawasan yang terkenal dengan iklim sejuk di Sarawak itu diharap dapat mengekalkan kemenangan yang diraih oleh lokasi pelancongan di Malaysia.
 
Sementara itu, Nancy turut mendedahkan yang beliau sudah dua kali melawat Bario dan ingin terus mempromosikan kawasan pelancongan itu.
 
“Saya akan meminta Tourism Malaysia mempromosikan Bario dengan lebih meluas supaya kewujudannya disedari pelancong, menarik kehadiran mereka dan seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk di situ,”katanya.
 
Nancy berkata, di Bario tidak memiliki hotel namun itu tidak menjadi masalah kerana komuniti di sana menjadikan rumah mereka yang bersih, nyaman dan selesa sebagai ‘hotel’ untuk pelancong.
 
Berkenaan pesta itu, ianya berlangsung selama tiga hari bermula 25 hingga 27 Julai lalu dengan menyajikan makanan-makanan unik, hasil pertanian dan hutan serta Tanah Tinggi Bario.
 
Pengunjung juga boleh menikmati makanan organik lazat yang dimasak oleh komuniti rumah panjang di Tanah Tinggi Kelabit. – TVS
 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan