Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi menyertai ratusan peserta pada program kutip sampah sempena Bulan Kebersihan Kuching 2022.

Timbalan Menteri sertai program kutip sampah, promosi kebersihan di Kuching

KUCHING, 31 Julai : Suasana pagi Ahad di pusat bandar raya berhampiran Waterfront di sini pagi tadi ‘sesak’ dengan kehadiran ratusan individu yang membawa beg plastik hitam ‘berkeliaran’ di beberapa jalan.

Turut menyertai kumpulan ini ialah Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi II negeri, Datuk Dr. Abdul Rahman Junaidi.

Misi kumpulan itu sebenarnya ialah untuk mengutip sampah yang merupakan sebahagian daripada program dianjurkan sempena Majlis Penutup Bulan Kebersihan Bandar Raya Kuching 2022.

Dr. Abdul Rahman ketika berucap berkata, warga bandar raya ini diseru untuk memainkan peranan masing – masing bagi mencapai visi menjadikan Kuching sebagai kawasan yang bersih.

Katanya, sebagai permulaan orang ramai digalakkan untuk memastikan kawasan kediaman mereka berada dalam persekitaran yang memuaskan.

Program kutipan sampah di beberapa jalan berhampiran Waterfront bertujuan memupuk kesedaran di kalangan orang ramai supaya menjaga kebersihan Bandar Raya Kuching.

“Ini kemudian boleh diperluaskan dengan bekerjasama sesama komuniti untuk menjadikan kawasan kejiranan sebagai tempat yang bersih,”katanya.

Yang turut hadir, Datuk Bandar Kuching Utara, Datu Junaidi Reduan, Datuk Bandar Kuching Selatan, Dato Wee Hong Seng dan Pengerusi Majlis Perbandaran Padawan, Lo Khee Chiang.

Sementara itu, Abdul Rahman berkata, polisi meningkatkan mutu kebersihan di Kuching yang dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu mula membuahkan hasil apabila kebersihan di ibu negeri Sarawak ini semakin ‘disenangi’ oleh pelancong.

“Setiap pelancong yang datang ke Kuching pasti mengatakan ianya antara bandar raya yang paling bersih di negara ini.

“Ini dicapai menerusi usaha oleh pelbagai pihak bagi memastikan bandar raya kita bersih dan selamat,”katanya. -TVS

Berita Berkaitan

No data was found

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

No data was found