Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pelumba berbasikal Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih gangsa di Sukan Komanwel Birmingham 2022, hari ini dalam acara keirin. Foto: Bernama

Sukan Komanwel: Shah Firdaus raih gangsa keirin

ByBernama

LONDON, 31 Julai : Penantian pelumba berbasikal trek negara selama lapan tahun untuk menang pingat acara keirin pada temasya Sukan Komanwel akhirnya berakhir pada edisi ke-22 apabila Muhammad Shah Firdaus Sahrom meraih gangsa di Sukan Komanwel Birmingham 2022, hari ini.    

Nicholas Paul dari Trinidad & Tobago merangkul emas manakala pingat perak menjadi milik pelumba Scotland, Jack Carlin, pada acara yang berlangsung di Lee Valley VeloPark, di sini.

Kali terakhir Malaysia menaiki podium bagi acara itu adalah melalui jaguh trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang atau mesra disapa Jijoe apabila memenangi pingat gangsa di Glasgow, Scotland, pada edisi 2014.

Josiah Ng merupakan pelumba negara terakhir merangkul pingat emas pada edisi ke-19 di New Delhi pada 2010. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan