Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat wanita yang dibaham buaya ketika memancing di Kampung Tanjung Bulat, Sinar Jaya di sini petang semalam ditemukan dalam keadaan tidak sempurna pagi tadi. Foto JBPM Sabah.

Mayat wanita diserang buaya ditemukan tanpa kaki dan tangan

ByTVS

KINABATANGAN, 31 Julai : Mayat wanita yang hilang selepas diserang buaya di Kampung Tanjung Bulat, Sinar Jaya di sini petang semalam ditemukan dalam keadaan tidak sempurna pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, mayat Norsila Sayong, 32, ditemui kira-kira 800 meter dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.

“Mayat berkenaan ditemui tanpa kaki dan tangan oleh orang awam yang menyertai operasi mencari dan menyelamat bersama pasukan penyelamat pada pukul 6.53 pagi,” jelas PGO menerusi kenyataan media hari ini.

Dalam kejadian kira – kira pukul 3.42 petang semalam, mangsa yang sedang memancing di tebing sungai bersama keluarganya diserang oleh seekor buaya yang muncul secara tiba -tiba dan menariknya ke dalam sungai.

Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan