Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mayat seorang daripada dua mangsa yang dilaporkan hilang dalam tragedi perahu karam di Wong Pelagus, Sungai Batang Rajang dekat sini, petang Jumaat lalu ditemukan awal pagi tadi. Foto BBP Kapit.

Mayat mangsa perahu karam Wong Pelagus dihanyutkan 10 km

KAPIT, 31 Julai : Mayat seorang daripada dua mangsa yang dilaporkan hilang dalam tragedi perahu karam di Wong Pelagus, Sungai Batang Rajang dekat sini, petang Jumaat lalu ditemukan awal pagi tadi.

Mayat Ngalang Demong, 73, ditemui terapung oleh jurugan sebuah kapal tongkang pada pukul 5 pagi, kira-kira 10 kilometer (km) dari tempat kejadian.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP Kapit) Timoty Barat berkata, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang dimaklumkan mengenai penemuan mayat itu tiba di lokasi pukul 9.09 pagi tadi.

“Mayat kemudian diangkat dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya ketika dihubungi TVS hari ini.

Dalam kejadian kira – kira pukul 4.30 petang itu, kedua – dua mangsa dari Nanga Pelagus hilang selepas perahu mereka karam dipukul arus deras ketika keluar menjala ikan.

Seorang lagi yang masih hilang dikenali sebagai Richelles Seli Lasu, berusia 21 tahun.

Sementara itu, operasi SAR hari kedua melibatkan dua anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, dua anggota polis dan tiga dari Angkatan Pertahanan Awam (APM) diteruskan di sekitar kawasan kejadian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan