Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Korea Utara buat kali pertama melaporkan tiada kes demam baharu yang direkodkan semalam sejak dilanda pandemik COVID-19.Foto Reuters.

Korea Utara laporkan sifar kes jangkitan sejak COVID-19

ByNina Azman

KUCHING, 31 Julai : Korea Utara buat kali pertama melaporkan tiada kes demam baharu yang direkodkan semalam sejak dilanda pandemik COVID-19.

Menurut Reuters, berita ‘kejayaan’ itu dilaporkan secara meluas oleh media kawalan kerajaan.

Pegawai kesihatan negara itu, Ryu Yong Chol berkata, keputusan kerajaan melaksanakan kawalan pergerakan kecemasan telah membantu mengurangkan kes demam.

Sementara itu, agensi berita rasmi, Korean Central News Agency (KCNA) berkata, pasukan rawatan pantas masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga walaupun tiada kes baharu dilaporkan.

“Usaha sedang dijalankan untuk mengesan dan membasmi wabak sehingga pesakit terakhir pulih sepenuhnya,”lapor KCNA.

Media tempatan melaporkan seramai 204 pesakit sedang dirawat sehingga Jumaat lepas.

KCNA turut berkata hampir 99.99 peratus daripada 4.77 juta pesakit COVID-19 pada akhir April pulih sepenuhnya.

Sementara itu laman worldmeters.info melaporkan, Korea Utara merekodkan 74 kematian akibat virus berkenaan.

Sebelum ini situasi COVID-19 di negara ‘yang terasing’ di dunia itu tidak diketahui apabila kerajaannya enggan berkongsi maklumat.

Bagaimanapun, pada 13 Mei lepas, secara ‘tiba -tiba’ sebanyak 350 000 kes baharu dilaporkan mengikut data worldmeters,info.

Laman berkenaan turut melaporkan kes harian tertinggi ialah sebanyak 392 930 pada 16 Mei lepas. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan