Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang wanita dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar buaya ketika memancing bersama keluarganya di Sungai Kampung Tanjung Bulat, Sinar Jaya, di sini petang tadi. Foto BBP Kinabatangan.

Wanita hilang diserang buaya ketika memancing di tebing sungai

KINABATANGAN, 30 Julai : Seorang wanita dilaporkan hilang selepas dipercayai disambar buaya ketika memancing bersama keluarganya di Sungai Kampung Tanjung Bulat, Sinar Jaya, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamaluddin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 3.42 petang.

Katanya, mangsa yang dikenali sebagai Norsila Sayong dilaporkan memancing di tebing sungai berkenaan dan seekor buaya yang muncul secara tiba – tiba terus menariknya ke dalam sungai dan hilang.

“Ketika ini operasi mencari dan menyelamat sedang giat dilakukan dan perkembangan semasa akan dimaklumkan,” katanya ketika dihubungi hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan