Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Aniq Kasdan menceriakan kem negara apabila menyumbangkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Pusat Pameran Nasional (NEC) di sini, hari ini. Foto Bernama.

Sukan Komanwel : Aniq sumbang emas pertama Malaysia di Birmingham

ByBernama

BIRMINGHAM, 30 Julai : Mohamad Aniq Kasdan menceriakan kem negara apabila menyumbangkan pingat emas pertama buat Malaysia pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 di Pusat Pameran Nasional (NEC) di sini, hari ini.

Badang negara berusia 20 tahun itu menampilkan aksi bertenaga untuk menjelmakan emas dalam kategori 55 kilogram (kg) lelaki dengan angkatan bebanan keseluruhan 249kg.

Atlet berasal dari Segamat, Johor itu melakukan angkatan snatch 107kg dan clean & jerk 142kg.

Lebih manis, kejayaan mengungguli acara tersebut juga menyaksikan Malaysia meraih pingat pertama pada temasya kali ini.

Pingat perak dimenangi atlet India Sanket Mahadev Sargar dengan angkatan keseluruhan 248kg manakala gangsa menjadi milik Dilanka Isuru Kumara Yodage dari Sri Lanka dengan melakukan 225kg. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan