Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerja pembinaan dan pembangunan empat hospital di Sarawak akan diteruskan semula setelah tertunda ekoran faktor tertentu.
Menteri Kanan Kerja Raya, Dato Sri Fadillah Yusof hadir pada Majlis Perasmian Pejabat Sekretariat Lembaga Jurutera Malaysia di sini hari ini.

RUU Lompat Parti, Sarawak harus kaji perundangan seterusnya – Fadillah Yusof

ByAmirah Shawel

KUCHING, 30 Julai : Sarawak perlu mengkaji langkah seterusnya berhubung pelaksanaan Rang Undang-Undang (RUU) yang melarang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bertukar parti di negeri ini.

Naib Presiden Kanan, Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dato Sri Fadillah Yusof berkata, Sarawak sudah mempunyai peruntukan berkenaan dalam Perlembagaannya.

Namun ujar beliau, perlaksanaannya berdepan ‘masalah’ kerana bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Selepas Perlembagaan Persekutuan dipinda, maka peruntukan lompat parti negeri boleh dikuatkuasakan.

“Sekarang ini terserah pada Kerajaan Sarawak dan Peguam Besar Negeri Sarawak untuk mengkaji sama ada mahu buat peruntukan sama dengan Persekutuan atau memadai dengan yang sedia ada,”katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada saranan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili kelmarin yang meminta Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dan Sarawak supaya segera membentangkan RUU Anti Lompat Parti di peringkat negeri dalam tempoh 60 hari.

Maximus berkata ini kerana pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk melarang Ahli Parlimen bertukar parti yang diluluskan Dewan Rakyat tidak terpakai di Sabah dan Sarawak.

Semalam, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Komunikasi, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol berkata, sebarang tindakan susulan di Sarawak susulan kelulusan Pindaan Perlembagaan Persekutuan berhubung perkara itu perlu mendapat kelulusan Kabinet Sarawak.

Mengulas lanjut, Fadillah yang juga Menteri Kanan Kerja Raya berkata, perkara itu memerlukan kajian perundangan.

Sementara itu, Fadillah menyambut baik keputusan Kerajaan Indonesia menarik keputusan pembekuan pekerja negara itu ke Malaysia bermula 1 Ogos ini.

Ujar beliau, kerajaan menjangkakan projek – projek terbengkalai sebelum ini ekoran kekurangan buruh asing akan dapat diteruskan semula.

Terdahulu, Fadillah menghadiri Majlis Perasmian Pejabat Sekretariat Lembaga Jurutera Malaysia di sini, hari ini. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan