Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jaguh silat negara Mohd Al Jufferi Jamari (kiri) ketika beraksi menentang pesilat dari Filipina Alvin T. Campos pada perlawanan peringkat suku akhir kategori Tanding di Kejuaraan Pencak Silat Dunia Ke-19. Foto: Bernama.

Kejuaraan pencak silat dunia: Malaysia rangkul tiga emas kategori artistik

ByBernama

MELAKA, 30 Julai : Malaysia merangkul tiga pingat emas menerusi Kategori Artistik pada Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2022, yang berlangsung di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) di sini.

Pada aksi final malam tadi, emas pertama Malaysia diraih menerusi gandingan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga, yang beraksi dalam Kelas Ganda Lelaki selepas menewaskan pasangan adik beradik dari Filipina Almohaidib E. Abad dan Alfau Jan E. Abad.

Persembahan mantap yang dimulakan dengan rutin tempur tangan kosong, sebelum diikuti lawan kayu panjang dan parang itu berjaya mengutip 9.950 mata, mengatasi gandingan Filipina yang mengumpulkan 9.930 mata.

“Kami bersyukur dapat mempertahankan emas dalam kategori ini dan secara jujurnya, kami boleh mengagak permainan Filipina kerana sudah beberapa kali bertemu dengan gandingan tersebut,” kata Mohd Taqiyuddin kepada media selepas perlawanan tersebut.

Tambahnya, keberanian mereka mengambil risiko dengan bermain corak pantas dalam aksi parang juga memberi tuah, kerana penyertaan mereka boleh dibatalkan secara automatik jika parang patah atau terluka ketika beraksi.

Sementara itu, aksi Regu Lelaki juga tidak menghampakan apabila pingat emas menjadi milik Muhammad Syafiq Ibrahim, Nashrul Edam Mohd Asri dan Luqman Laji, setelah menewaskan gandingan Indonesia yang dibarisi Anggi Faisal Mubarok, Asep Yuldan Sani dan Rano Slamet Nugraha.

Seorang lagi pesilat negara Merrywati Manuil, juga menyumbangkan emas dalam Kategori Solo Kreatif Wanita selepas menewaskan Puspa Arumsari dari Indonesia.

Namun Puspa Arumsari kemudiannya menebus kekecewaannya selepas memenangi emas bagi kategori Tunggal Wanita dengan mengatasi pesilat negara Nur Shafiqah Hamzah.

Edisi kejuaraan ke-19 yang berlangsung selama enam hari sehingga Ahad ini disertai lebih 500 peserta dari 40 negara termasuk Indonesia, Thailand, Filipina, Kanada, Vietnam dan Malaysia selaku tuan rumah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan