Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M. Menteri Kanan Hal Ehwal Islam Kemboja Datuk Dr Othsman Hassan pula diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa. Foto: Bernama.

Bekas KP Jakim Tokoh Maal Hijrah Kebangsaan 1444h/2022M

ByBernama

KUALA LUMPUR, 30 Julai : Bekas Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Tan Sri Othman Mustapha diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1444H/2022M.

Menteri Kanan Hal Ehwal Islam Kemboja Datuk Dr Othsman Hassan pula diumumkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Antarabangsa. 

Anugerah itu disampaikan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena majlis sambutan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan dan majlis bacaan Yasin sempena Hari Pahlawan 2022 di Masjid Wilayah Persekutuan di sini.

Baca > > > Majlis bacaan doa buka tirai tahun baharu Islam 1444H

Baca > > > Agong titah jangan hina, persenda agama atas nama kebebasan bersuara

Penganugerahan itu menyaksikan kedua-dua tokoh berkenaan menerima pingat dan sijil penghargaan.

Othman, 66, yang dilahirkan di Tumpat, Kelantan mendapat pendidikan awal di Maahad Muhammadi Kota Bharu sebelum melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Pengajian Islam (Syariah) Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1982.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Jakim dari April 2011 hingga 2018 dan Pegawai Atase Agama, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta pada 1992 hingga Jun 1997.

Sementara itu, Othsman, 68, yang dilahirkan di Kampung Trapaing Chouk, Wilayah Kompong Thom, Kemboja, merupakan tokoh yang dihormati di peringkat nusantara mahupun antarabangsa berikutan sumbangannya dalam pembangunan Islam di Kemboja.

Beliau kini merupakan Presiden Pusat Islam Phnom Penh (PPIC) dan Naib Presiden Jawatankuasa Pemandu Halal Kemboja. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan