Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah bersama sebahagian atlet yang akan membawa cabaran Sarawak pada SUKMA Ke-20 di Kuala Lumpur, September ini. Foto TVS.

Sarawak buru 44 emas pada SUKMA Ke-20

KUCHING, 29 Julai : Sarawak menyasarkan untuk memenangi sebanyak 44 pingat emas pada Sukan Malaysia (SUKMA) di ibu negara, September depan.

Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan negeri, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, antara acara yang menjadi sasaran termasuklah gimrama, Muay Thai dan wushu.

Ujar beliau, sasaran itu dibuat berdasarkan pencapaian atlet – atlet negeri ini pada SUKMA 2018 di Perak.

“Kenapa 44 pingat emas ialah kerana ada acara digugurkan seperti terjun wanita,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Bintang Kita Kebanggaan Kita dan 50 Hari Menjelang Temasya SUKMA ke-20 ini.

Mengulas lanjut, Abdul Karim berkata, sasaran yang diletakkan juga berdasarkan penilaian pelbagai persatuan sukan di Sarawak.

“Kita juga mengambil kira penyertaan negeri lain dalam acara sukan tertentu,”katanya.

Pada SUKMA 2018, Sarawak memungut 42 emas, 36 perak dan 60 gangsa untuk menamatkan cabaran di tempat keempat keseluruhan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan