Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Penunjuk perasaan di Iraq pada Rabu menyerbu Zon Hijau yang menempatkan bangunan Parlimen Baghdad sebagai protes terhadap pencalonan perdana menteri baharu oleh parti Syiah yang pro-Iran.

Penunjuk perasaan serbu Parlimen Iraq tolak pencalonan Perdana Menteri baharu

ByBernama

BAGHDAD, 28 Julai : Penunjuk perasaan di Iraq pada Rabu menyerbu Zon Hijau yang menempatkan bangunan Parlimen Baghdad sebagai protes terhadap pencalonan perdana menteri baharu oleh parti Syiah yang pro-Iran.

Penunjuk perasaan berarak ke Zon Hijau selepas mengalihkan beberapa halangan konkrit, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik Agensi Berita INA.

Perdana Menteri Iraq Mustafa al-Kadhimi menyeru penunjuk perasaan segera berundur dari Zon Hijau.

Ketua gerakan Sadrist, Saleh Muhammad al-Iraqi, berkata: “Saya berdiri dengan penuh hormat. Ia adalah mesej spontan dan reformis yang indah, terima kasih.”

“Keselamatan anda lebih penting daripada perkara lain. Jika anda mahu berundur, saya akan menghormati keputusan ini,” katanya kepada penunjuk perasaan.

Pada Isnin, gabungan parti Syiah yang pro-Iran, mencalonkan Mohammed al-Sudani sebagai perdana menteri baharu.

Pencalonan Al-Sudani ditentang ulama Muqtada al-Sadr, yang partinya memenangi pilihan raya umum tahun lalu.

Parlimen Iraq dijadual mengadakan sesi pemilihan perdana menteri baharu melibatkan 25 calon dan proses ini mengambil masa beberapa hari.

Langkah ini perlu untuk melantik perdana menteri baharu secara rasmi.

Pencalonan Al-Sudani dijangka diluluskan oleh Parlimen selepas blok al-Sadr menarik diri pada Jun. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan