Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam kejadian letupan bom berasingan di selatan Somalia pada Rabu.

Letupan bom di Somalia ragut sekurang-kurangnya 20 nyawa

ByBernama

MOGADISHU (Somalia), 28 Julai : Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam kejadian letupan bom berasingan di selatan Somalia pada Rabu.

Seorang pegawai polis di bandar Marka, wilayah Lower Shabelle memberitahu Agensi Anadolu (AA) bahawa seorang pengebom bunuh diri bertindak meletupkan dirinya sehingga mengorbankan 13 orang, termasuk Datuk Bandar Abdullahi Ali Wafow, pengawal keselamatan dan orang awam.

Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital untuk menerima rawatan.

Marka yang terletak 90 kilometer dari Mogadishu, ibu negara Somalia, merupakan sebuah bandar utama yang menempatkan beberapa kontinjen misi pengaman Kesatuan Afrika.

Serangan berlaku berhampiran ibu pejabat pentadbiran Marka.

Kumpulan pengganas Al-Shabaab mengaku bertanggungjawab atas serangan itu.

Di wilayah yang sama, letupan periuk api menggegarkan pasar di bandar Afgoye, mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang dan mencederakan lebih 14 yang lain, menurut pegawai keselamatan serantau di Lower Shabelle.

Serangan di Afgoye turut memusnahkan bangunan dan kedai berhampiran, menurut seorang saksi.

Afgoye terletak 30 kilometer dari barat daya Mogadishu.​​​​​​

Sementara itu, Turkiye mengutuk sekeras-kerasnya serangan pengganas yang membawa maut di Somalia.

“Kami amat sedih apabila mengetahui ramai orang, termasuk pegawai dan orang awam terkorban atau cedera dalam serangan pengganas yang berlaku di Afgoye dan Marka,” lapor AA memetik kenyataan Kementerian Luar Turki. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan