Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
BUKIT MERTAJAM, 27 Julai : Seorang murid autisme berusia tujuh tahun mengalami kecederaan di kedua-dua belah telinganya selepas disyaki dipulas oleh seorang guru di sebuah sekolah pendidikan khas di Seberang Jaya di sini baru-baru ini.

Telinga budak autisme lebam dipulas guru

BUKIT MERTAJAM, 27 Julai : Seorang murid autisme berusia tujuh tahun mengalami kecederaan di kedua-dua belah telinganya selepas disyaki dipulas oleh seorang guru di sebuah sekolah pendidikan khas di Seberang Jaya di sini baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner (ACP) Tan Cheng San berkata, ibu mangsa membuat laporan polis selepas mendapati telinga murid darjah satu itu lebam ketika pulang dari sekolah pada 19 Julai lalu.

Katanya, siasatan polis mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi ketika murid berkenaan mengikuti kelas pendidikan khas di sekolah itu apabila dia dikatakan bertindak agresif sehingga menyebabkan murid lain takut dan menangis.

“Akibat tindakan tersebut, suspek yang merupakan guru wanita berusia 30-an telah memegang kedua-dua belah telinga mangsa untuk menenangkannya.

“Akibatnya mangsa mengalami lebam dan dihantar ke Hospital Bukit Mertajam untuk pemeriksaan lanjut,” katanya kepada pemberita hari ini.

Cheng San berkata, satu kertas siasatan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan telah dibuka untuk meneruskan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.

Terdahulu, tular di media sosial sejak dua hari lalu selepas beberapa keping gambar memaparkan telinga seorang kanak-kanak penghidap autisme mengalami lebam dan berwarna kebirua-biruan.

Menurut perkongsian itu, telinga budak berkenaan didakwa dipulas oleh seorang guru ketika mengikuti kelas pendidikan khas di sebuah sekolah di Permatang Pauh di sini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan