Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
JDT mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Super setelah menewaskan Sarawak United FC  2 - 0 di Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya di sini malam ini. Foto Faitullah Morni (TVS)

Sorakan padu di Petra Jaya gagal halang JDT berpesta gol

ByFirdaus Ismail

KUCHING, 27 Julai : Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhkan cengkaman di tangga teratas Liga Super setelah menewaskan Sarawak United FC  4 – 0 di Stadium Negeri Sarawak, Petra Jaya di sini malam ini.

Sokongan padu lebih 5,000 penyokong tuan rumah langsung tidak menggentarkan pelawat apabila sejak awal, Harimau Selatan selesa menguasai permainan.

JDT mendahului seawal minit ke -13 menerusi jaringan Ahmad Hazwan Bakri yang menewaskan penjaga gol tuan rumah,  Aquila Abdul Rhaman.

Tujuh minit selepas itu, pelawat terus selesa apabila Bergson da Silva menjadikan kedudukan 2 -0.

Kedudukan itu kekal sehingga separuh masa pertama berakhir.

Babak kedua perlawanan pula menyaksikan Ngap Sayot cuba bangkit dengan melancarkan beberapa asakan namun ketumpulan jentera serangan menyukarkan usaha mencari gol.

Kehadiran ribuan penyokong Sarawak malam ini kembali menggamatkan Stadium Negeri yang sudah lama sunyi daripada sorokan padu,.

Pelawat sebaliknya melebarkan kedudukan apabila menjaringkan gol ketiga pada minit ke-78 menerusi pemain gantian, Syahmi Safari.

Gol keempat juara bertahan Liga Super itu pula dijaringkan oleh Fernando Forestieri yang menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-89 sekaligus menutup pesta juara bertahan itu di tempat lawan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan