Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dua anggota tentera India yang berkhidmat dengan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Demokratik Congo (DR Congo) terbunuh dalam keganasan pada Selasa. --foto Reuters

Dua tentera India berkhidmat dengan misi PBB di DR Congo terbunuh

ByBernama

NEW DELHI, 27 Julai : Dua anggota tentera India yang berkhidmat dengan misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Republik Demokratik Congo (DR Congo) terbunuh dalam keganasan pada Selasa.

Mereka adalah sebahagian daripada MONUSCO (singkatan dalam bahasa Perancis), kata Menteri Luar India Subrahmanyam Jaishankar.

Kedua-duanya adalah anggota Pasukan Keselamatan Sempadan (BSF) dan berasal dari negeri Rajasthan, lapor Agensi Berita PTI.

Menurut laporan, tiga anggota pasukan pengaman dan berpuluh penunjuk perasaan terbunuh dalam protes anti-PBB di bandar timur DR Congo, Goma dan Butembo, menurut laporan.

Anggota tentera ketiga yang terbunuh itu adalah dari Maghribi

“Penyerang secara ganas merampas senjata daripada pasukan Polis Negara Congo dan melepaskan tembakan dari jarak dekat ke arah pasukan pengaman kami,” kata MONUSCO. –TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan