Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tun Taib (kanan) menganugerahkan anugerah Anugerah Bintang Pengakap Kenyalang kepada Tan Sri Safri Awang Zaidel (kiri).

76 ahli terima anugerah Pengakap 

ByDouglas Elliot

KUCHING, 27 Julai : Seramai 76 penerima dikurniakan anugerah Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak serta Persekutuan Pengakap Malaysia di Astana Negeri Sarawak, hari ini.  

Majlis sulung ini disempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, yang juga merangkap penaung kepada Majlis Pengakap Sarawak. 

Mendahului senarai penerima ialah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang dianugerahkan Bintang Semangat Padi Emas.

Anugerah Bintang Pengakap Kenyalang pula disampaikan kepada bekas Pesuruhjaya Pengakap Negeri Sarawak Ke-6, Tan Sri Safri Awang Zaidel. 

Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sarawak Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud (tengah) bergambar bersama penerima Bintang dan Pingat Persekutuan Pengakap Malaysia Cawangan Sarawak.

Anugerah Bintang Pengakap Kenyalang merupakan pengiktirafan tertinggi yang disampaikan kepada individu serta tokoh yang banyak berjasa kepada penbangunan persatuan pengakap di Sarawak. 

Beliau memegang jawatan tersebut bermula 1982 hingga 1992. 

Sementara itu, Presiden Majlis Pengakap Sarawak,Tan Sri William Mawan berkata, penganugerahan itu bertujuan untuk mengikitiraf sumbangan pemimpin dan ahli kini dan masa lampau.

“Kami amat berbangga dengan pencapaian persatuan pengakap serta sumbangan oleh pemimpin dahulu.

“Terdapat ramai yang telah menyumbang kepada kejayaan dan pembangunan persatuan pengakap di Malaysia, khususnya di Sarawak,” katanya ketika ditemui TVS. 

Terdahulu, Tun Taib menerima anugerah tertinggi Bintang Pengakap Kenyalang Sarawak pada Khamis lepas.

Majlis anugerah ini juga dianjurkan bersempena sambutan Hari Sarawak. – TVS

Tags: #pengakap

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan