Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Rapid Rail Sdn. Bhd. memaklumkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) kendaliannya turut mengalami terganggu berikutan masalah bekalan elektrik yang berlaku di Lembah Klang tengah hari tadi. Foto Bernama.

11 stesen LRT terjejas akibat masalah bekalan elektrik

ByNurul Amarlina

KUCHING, 27 Julai : Rapid Rail Sdn. Bhd. memaklumkan perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) kendaliannya turut terganggu berikutan masalah bekalan elektrik yang berlaku di Lembah Klang tengah hari tadi.

Rapid Raid Sdn. Bhd berkata, antara yang terjejas termasuklah perkhidmatan bagi laluan Ampang ke Sri Petaling pada pukul 12.48 tengah hari.

“Gangguan yang berlaku melibatkan 11 stesen bermula di Stesen LRT Bandar Tun Razak hingga ke Stesen LRT Bandar Puchong,”jelas Raip Rail menerusi kenyataan media dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, akibat gangguan itu, tren bergerak pada kadar lebih perlahan dan berhenti lama di platform.

Penumpang yang terjejas telah ditawarkan kupon perjalanan sehala secara percuma yang perlu ditebus di kaunter khidmat pelanggan.

Perkhidmatan pulih sepenuhnya pada jam 1.35 petang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan