Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu seharusnya menggunakan budi bicaranya mengekalkan acara tersebut untuk dipertandingkan.

Sarawak gesa kekalkan acara terjun SUKMA

ByAmirah Shawel

KUCHING, 26 Julai: Sarawak kecewa dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Tertinggi Sukan Malaysia (Sukma) yang menggugurkan acara terjun wanita daripada Sukma Kuala Lumpur.

Menteri Pembangunan Belia, Sukan dan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata keputusan tersebut seharusnya dipertimbangkan semula.

Tambahnya, kerajaan dan atlet – atlet terjun telah banyak melabur masa, tenaga dan wang untuk pembangunan sukan tersebut.

“Ketetapan Sukma ialah perlu ada sekurang-kurangnya enam kontinjen negeri yang mengambil bahagian bagi sesuatu acara.

“Atlet yang terlibat telah berlatih bersungguh-sungguh, bagaimana perasaan mereka dan ibu bapa jika tidak dapat mengambil bahagian pada saat akhir?”, katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas tayangan perdana telefilem Misi di Golden Screen Cinemas (GSC) The Spring pada Isnin.

Menurut Karim, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu seharusnya menggunakan budi bicaranya mengekalkan acara tersebut untuk dipertandingkan.

“Acara ini telah memberi nama kepada Malaysia dalam Sukan Olimpik dan Sukan SEA.

“Keputusan ini akan merencatkan pembangunan sukan terjun di negara kita”, tegasnya.

Lima acara terjun wanita telah digugurkan daripada Sukma pada 20 Mei lepas kerana gagal memenuhi jumlah minimum kontinjen negeri yang mengambil bahagian.

Acara tersebut merangkumi 1m papan anjal, 3m papan anjal, 10m platform, 3m papan anjal berirama dan 10m platform berirama.

Sarawak merupakan kuasa besar sukan terjun negara dan telah melahirkan penerjun-penerjun yang bertaraf dunia dan olimpik.

Antara nama-nama besar atlet terjun yang dilahirkan Sarawak ialah Dato Pandelela Rinong Pamg, Traisy Vivien Tukiet, Kimberly Bong dan Bryan Nickson Lomas.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan