Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Itali mengesahkan lebih 400 kes cacar monyet, kata Ketua Pengarah Pencegahan Kementerian Kesihatan negara itu Gianni Rezza selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak penyakit cacar monyet sebagai darurat kesihatan global berikutan lonjakan kes.

WHO isytihar cacar monyet sebagai darurat kesihatan global

ByYazid Ibrahim

GENEVA, 24 Julai : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam mengisytiharkan cacar monyet sebagai darurat kesihatan global, tahap amaran tertinggi bagi sesuatu penyakit.

Ketua WHO, Tedros Ghebreyesus berkata, setakat ini lebih 16,000 kes dilaporkan dengan lima kematian di 75 negara.

“Penilaian WHO ketika ini mendapati risiko cacar monyet adalah sederhana di seluruh dunia kecuali di Eropah yang dilihat berisiko tinggi,” katanya.

Katanya, wabak itu merebak ke seluruh dunia dengan cepat serta cara penularannya yang pantas.

Bertambah membimbangkan kata Tedros, ketika ini badan kesihatan dunia itu mempunyai maklumat yang terhad mengenai wabak itu.

Pada masa sama, beliau menjelaskan, walaupun WHO meningkatkan amaran ke paras tinggi, majoriti mereka yang dijangkiti terdiri daripada lelaki yang melakukan hubungan seks sejenis.

Kebanyakan kes yang disahkan juga mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah dan Amerika Utara.

Sementara itu di Asia, AFP melaporkan seorang lelaki Nigeria yang disahkan positif virus berkenaan di Phuket, Thailand yang ‘menghilangkan diri’ telah ditemui di Kemboja.

Tindakan lelaki berusia 27 tahun itu telah ‘mengejutkan’ Thailand dengan pihak berkuasa melancarkan operasi mencarinya.

Isyarat telefonnya bimbitnya berjaya dikesan di wilayah timur laut Thailand yang bersempadan dengan Kemboja.

Lelaki itu kemudian ditahan polis Kemboja di sebuah inap desa di Phnom Penh dan telah dihantar ke Hospital Persahabatan Khmer-Soviet untuk rawatan perubatan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan