SIBU, 23 Julai : Tindakan seorang remaja lelaki memandu sebuah kereta mewah import yang menggunakan nombor pendaftaran palsu membawa padah apabila dia ditahan polis tengah hari tadi.
Lebih mengejutkan, siasatan mendapati nombot plat yang digunakan itu sebenarnya ‘milik’ sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC yang beralamat di Johor.
Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Batholomew Umpit berkata, suspek rakyat tempatan yang berusia 20 tahun itu ditahan di Jalan Sultan Iskandar di sini pada pukul 12 tengah hari.
Katanya, polis menahan kereta jenis Toyota Camry yang dipandu oleh suspek dalam keadaan mencurigakan.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 108 , Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.-TVS