Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Seri Mohd. Shafei Apdal. Foto Facebook, Shafie Apdal.

PRU15 : Warisan ‘parti solo’ ketika ini

KANGAR, 23 Julai : Parti Warisan masih belum membuat keputusan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau pihak bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), kata Presidennya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

“Buat masa ini, kita ingin pastikan bahawa Warisan menjadi pilihan rakyat Malaysia terlebih dahulu dan selepas PRU-15 nanti, baru kita akan teliti mana-mana parti dan pihak yang bersesuaian untuk melakukan kerjasama.

“Namun, pada saat ini kita bekerjasama dengan rakyat dari Perlis hingga ke Sabah,” katanya pada sidang media selepas pelancaran Warisan peringkat negeri di sini hari ini.

Sebelum ini parti itu telah melebarkan sayap ke Negeri Sembilan, Johor dan Pulau Pinang dan selepas Perlis, Mohd Shafie berkata Warisan akan kembangkan sayapnya ke Kedah.

“Kita tidak bercadang membuka cawangan di seluruh semenanjung Malaysia, sebaliknya hanya memilih beberapa negeri yang boleh meraih sambutan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan