Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup 6,000 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai lebih RM82,000 berjaya dipatahkan Pasukan Polis Marin (PPM) kelmarin.

Cubaan seludup diesel RM82,900 dipatahkan polis

SIBU, 23 Julai : Cubaan seorang lelaki untuk menyeludup 6,000 liter minyak diesel yang dianggarkan bernilai lebih RM82,000 berjaya dipatahkan oleh Pasukan Polis Marin (PPM) kelmarin.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, suspek ditahan dalam Op Kontraban di Jalan Teng Chin Hua, dekat sini pada pukul 9 pagi.

Katanya, suspek menggunakan lori yang telah diubah suai untuk melakukan kegiatan berkenaan.

“Hasil pemeriksaan polis mendapati lori itu membawa minyak diesel yang dipercayai diperolehi secara tidak sah,”katanya menerusi kenyataan media.

Beliau memberitahu, tangkapan dan rampasan diserahkan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Sibu untuk tindakan selanjutnya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan