Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan di sekitar bandar raya ini yang ditahan orang awam 'menerima hukuman awal' apabila dipukul bertubi - tubi. Foto: Tangkap layar video tular di media sosial.

Suspek kes curi kenderaan dibelasah orang awam

ByElani Rosllan

KUCHING, 22 Julai : Seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes curi kenderaan di sekitar bandar raya ini yang ditahan orang awam ‘menerima hukuman awal’ apabila dipukul bertubi-tubi.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner (ACP) Ahsmon Bajah berkata, pihaknya telah mengesan kejadian itu menerusi video yang tular kira-kira pukul 10 malam tadi.

Katanya, suspek telah diserahkan kepada polis pada 11 Julai lepas.

“Pada masa sama, saya ingin mengingatkan orang awam agar tidak bertindak membelakangi undang -undang negara dan membuat spekulasi kerana kes ini dalam siasatan pihak polis,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Video berdurasi dua minit 51 saat itu menunjukkan suspek yang memakai tshirt berwarna merah itu diajukan beberapa soalan sebelum dipukul telah dimuat naik di Facebook Boboi Sot.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan, polis juga melakukan siasatan menyeluruh termasuk kes suspek dipukul oleh orang awam. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan