Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Program derma darah sempena Hari Sarawak anjuran Persatuan pembangunan Insan Sarawak (PPIS) di pusat membeli belah Cityone Megamall menerima sambutan menggalakkan daripada orang ramai. Foto: Fikri Razak (TVS).

Program derma darah sempena Hari Sarawak dapat sambutan

KUCHING, 22 Julai : Kempen derma darah sempena Hari Sarawak yang dianjurkan oleh Persatuan Pembangunan Insan Sarawak (PPIS) hari ini mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Presiden PPIS, Manjeet Sidhu berkata, program ini dilaksanakan dengan kerjasama Tabung Darah, Hospital Umum Sarawak (HUS) dengan menyasarkan 100 orang penderma tampil berbuat demikian.

“Sempena Hari Sarawak, PPIS turut bekerjasama dengan Lions Club dan Persatuan Cina Sarawak untuk melaksanakan kempen ini.

“Kami berharap insiatif ini dapat membantu untuk mendapat bekalan untuk kegunaan Tabung Darah HUS,” katanya kepada TVS selepas hadir pada program itu di sini hari ini.

Katanya, cuti umum pada hari ini dipilih untuk mengadakan program berkenaan kerana Hari Sarawak merupakan lambang perpaduan di negeri ini.

“Ini termasuklah perpaduan melibatkan agama, kaum dan sifat sayang menyayangi antara satu sama lain,” katanya.

Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, difahamkan seramai 81 orang telah menderma darah dengan penganjur menyasarkan seramai 100 orang berbuat demikian. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan